Merisik Tapak Perkhemahan di Taman Negara Pulau Pinang

Entry kali ni adalah kali ke-3 mengenai Taman Negara Pulau Pinang, cuma kelainannya ialah mengenai perkhemahan dan kemudahan yang terdapat di sana. aku dan rakan-rakan Urusetia Sahsiah Pelajar telah ditugaskan hari ni 7 April 2013 untuk merisik tapak,trek dan lain-lain untuk program pelajar ILP.
      Bertolak dari ILP jam 8pagi dgn Van ILP yang dipandu oleh Abg Izani dan disertai oleh Pengerusi Sahsiah cik Zuraini serta 7 orang lain termasuk aku ke sana. kira-kira jam 11pagi kami sampai di Pintu Masuk Taman Negara. Pendaftaran kemasukan ke Taman Negara merupakan perkara wajib yang patut dibuat jika hendak memasuki Taman ini, walaupun menggunakan jalan laut selain dari darat(trekking).

read more

Jeti Taman Negara
Jeti ni terletak dalam kawasan Teluk Bahang berhampiran dengan Pejabat Taman Negara , ejen Pemandu Pelancong , Perkhidmatan Bot ke Pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi , kedai koperasi dan lain-lain kemudahan terdapat kat area jeti ni. so kalau terlupa nak beli bekalan.. jangan panik u-turn ke town balik kerana kat sini semua ada. Parking kereta berbayar ada disediakan bersebelahan dgn kawasan pejabat Taman Negara. kalau datang dengan pengangkutan awam just naik bas Rapid Penang kat KOMTAR or Jeti Feri Penang-Butterworth yang tertera pada E-papan " Teluk Bahang"  dan last bus stop is depan pintu pagar utama Taman Negara.








Destinasi Pertama : Pantai Kerachut

Pantai Kerachut ditanda F pada peta

                           Pantai Kerancut adalah Pantai ke 2 selepas Monkey Beach  kalau menyusuri laluan laut. Perjalanan melalui jalan laut menggunakan bot hanya mengambil masa kira-kira 20minit. sepanjang perjalanan jurumudi bot akan melalui laluan pertembungan 2 arus dimana bot akan berayun-ayun. orang tempatan khasnya masyarakat cina menggelarkan "Raja air" disitu disamping jurumudi akan menunjukkan batu berbentuk buaya, penyu dan sarang Burung Helang yang spesis jenis itu hampir pupus.
                           Di pantai ni banyak tempat menarik yang boleh kita lawati.. antara nya Tasik Meromiktik dan Pusat Konservasi Penyu, Disamping menjadi "Port" kaki pancing memancing diatas pelantar atau persisir pantai.

Kemudahan disini

Dewan terbuka

Tempat Mandi

Tandas awam



Kawasan Perkhemahan Pantai Kerachut
Jika hendak membuat aktiviti perkhemahan, hendak lah merujuk dgn pejabat Taman Negara atau ejen Pelancongan yang dilantik. "Ejen depan Pejabat Tmn Negara byk" 







Kawasan Perkhemahan yang boleh memuat antara 80 pada satu-satu masa
\
Stor Alatan Pembersihan

Tempat Mandi

Tangki Air

Lampu pada waktu malam "tak pasti"

Peringatan "dilarang membuat sebarang aktiviti yang melibatkan api.

jangan takut coz tempat masak disediakan
nota**- peralatan masak kena rujuk dgn ejen pelancongan yang dilantik.


 Pusat Konservasi Penyu di Pantai Kerancut






Destinasi ke-2 : Pantai Teluk Kampi

Pantai ni berada dihujung sekali selapas Pantai Kerachut. perjalanan dengan bot hanya mengambil masa kira-kira 15 minit dan 1 jam jika menggunakan laluan hutan dari Pantai Kerachut. Pantai ini masih baru dan kurang dilawati oleh pengunjung. jika berminat hendak menerjah ke sana, ia tidak menjadi masalah kerana setiap pantai akan dijaga dan didiami oleh Ranjer Hutan yang bertugas disitu. jika sampai disana dan ingin mendapat maklumat lanjut , boleh la melawat di rumah Ranjer yang terletak dalam kawasan tersebut.

Pantai Teluk Kampi ditanda G dalam peta

tepi pantai yang agak cerun sedikit



sekitar kawasan rehat teluk kampi


dilengkapi dengan dewan terbuka, sesuai jika hendak melelap mata sebentar

Rumah Ranjer Hutan

Kemudahan Pantai Teluk Kampi

Surau

Tandas



Kawasan Perkhemahan Teluk Kampi



dilengkapi dengan tempat memasak

Tempat Mandi yang moden dari Pantai Kerachut untuk peserta perkhemahan

                     Kebanyakkan kemudahan di Pantai Teluk Kampi ni masih baru kerana ia baru dbina dan kurang digunakan berbanding dengan pantai Kerachut yang sering dilawati iaitu hampir setiap masa. jika anda dahaga kan kesunyian di siang hari, Pantai Teluk Kampi adalah jawapannya. pada pendapat peribadi saya, saya akan memilih Pantai Teluk Kampi sebagai destinasi jika hendak berkhemah, duduk termenung disamping memancing. kerana sunyi. dan jalan yang saya akan pilih adalah jalan hutan. sia-sia la datang dari jauh senang-senang ja sampai ke Pantai ni.. Masuk Hutan adalah aktiviti mencabar. oleh itu, kita sendiri harus mencabar diri sendiri untuk meredah hutan dengan melalui lorong2,denai atau laluan yang telah disediakan oleh pihak taman negara.
                       Melalui pengalaman saya memasuki Taman Negara ini sejak 2002. Taman ini semakin dipelihara dan kemudahan pengunjung semakin diperbanyakkan tetapi masih mengekalkan keaslian flora dan fauna nya. oleh yang demikian datang lah ke sini bagi merasai sendiri kenikmatan dan mengalami sendiri suasana aman damai disini kerana Taman Negara lain memerlukan persediaan rapi untuk meredah berdasarkan pengalaman saya di Taman Negara Pahang tetapi Taman Negara Pulau Pinang cukup pakai pakaian yg sesuai dan bekalan makanan dan minuman dari pagi hingga ke petang, cukup untuk anda mengelilingi Taman Negara ini.

Categories: