Perkhemahan di Taman Negara Pulau Pinang

                  Taman Negara Pulau Pinang ini adalah nama yang cukup tidak asing lagi dalam blog gerek ini. ini merupakan Entry yang kali ke 4 mengenainya. Kali ini blogger ingin mengkongsi pengalaman berkhemah 3 hari 2 malam di Taman Negara ini. Blogger tidak keseorangan dan tidak datang dalam kumpulan kecil tapi datang dalam kumpulan yang besar seramai 29 orang serta 3 orang Fasilator + Jurupandu yang dilantik Taman Negara untuk  Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar.
                  Entry kali ini juga akan menjelajah serta membongkar sedikit sebanyak kehidupan Flora Fauna serta aktiviti makhluk ciptaan Tuhan yang bernama manusia  yang sentiasa berada di sini untuk kesejahteraan, keharmonian suasana di Taman Negara ini
Read more

Peserta,Urusetia serta JuruPandu Taman Negara

          Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini.Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi.
           Di sepanjang perjalanan kami didedahkan dengan pelbagai info mengenai Flora yang terdapat disini. Antaranya Mengkuang Laut, ia merupakan tumbuhan daripada keluarga pandan yang berasal dari Asia Tenggara. Pokok mengkuang laut biasanya hidup dan tumbuh secara meliar di kawasan tepi pantai dan kawasan paya berhampiran dengan laut.
Pokok ini mampu mencapai ketinggian sehingga 5 meter. Ciri pokoknya hampir sama dengan mengkuang biasa tetapi batang pokok mengkuang laut mempunyai banyak cabang. Ia membiak melalui biji benih dan tunas pada dahan. Biji benih pokok mengkuang laut boleh terapung di atas air dan ia tersebar secara meluas ke pantai-pantai lain.Pokok mengkuang laut yang mempunyai bentuk menarik ini dijadikan sebagai pokok hiasan landskap. Daun pokok mengkuang laut boleh digunakan untuk membuat tikar dan kraftangan. Bunga jantan pokok mengkuang laut berbau wangi dan manis seperti bau bunga mawar. Bunga jantan ini boleh dijadikan bahan campuran dalam minuman dan makanan. Akar mengkuang laut bersifat antipyretic, expectorant dan diuretic.

        Ketika melalui persisiran pantai, kami di maklumkan bahawa di dalam Taman Negara ini, terdapat 3 agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi menjaga perairan serta kawasan Taman Negara ini dan mereka akan berada di Rumah atau kawasan pos yang ditetapkan . Agensi yang pertama kami temui ialah Pasukan Gerak Am (PGA). Penugasan pasukan ini kini tertumpu kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, anti pengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan jenayah.

Pos PGA Pasir Pandak

Cuaca panas dengan suhu ketika itu iaitu 36 dajah celcius terus merangsang kelenjar peluh kami untuk keluar lebih laju kerana didalam kawasan hutan, angin yang bertiup kurang melalui kawasan bawahan dalam hutan, ini kerana pokok yang hidup tumbuh rapat antara satu sama lain menyukarkan angin untuk menembusi kawasan dalam kuantiti yang banyak. ia umpama berada di Tempat Sauna. keunikan ciptaan Tuhan terus dibuktikan dengan bunyian dari Burung Helang Putih yang menggamit suasana. Jurupandu memberitahu kami bahawa itu adalah tanda perubahan Pasang surut penuh air laut. dan pada ketika itu Jurupandu mengatakan air laut sudah pasang penuh. ini kerana semasa di luar kawasan Taman Negara air laut ketika itu baru hendak pasang.

Klik sini untuk pendakian yang lebih selamat

Dalam perjalanan "Jungle Trekking". kami dipersembahkan dengan tumbuhan bernama Liana yang banyak menjalar di pokok-pokok besar
jurupandu memegang "Liana" 

pokok rengas - sumber thebubbleletters.blogspot.com

     Banyak Pokok-pokok serta tumbuhan liar dipelajari sepanjang perjalanan, tapi yang paling menarik perhatian serta maklumat penting bagi penggemar-penggemar aktiviti jungle trekking ialah tumbuhan atau pokok yang patut dielakkan memegang dan melaluinya ketika waktu tertentu. Pokok yang dimaksudkan ialah Pokok Rengas Kerbau Jalang. Namanya sahaja sudah cukup untuk kita bayangkan betapa bahaya nya jika kita hampiri. Untuk makluman semua, pokok ini tidak berada dilaluan trekking Taman Negara, tetapi ianya berhampiran dengan laluan trekking. Kita boleh nampak dengan jelas. Menurut Jurupandu kami, jika waktu hujan atau turun embun , elakkan dari berada dan melalui dibawah pokok ini , dipercayai pokok ini boleh menghasilkan lecuran yang sangat serius kalau terkena kulit. ini kerana getahnya mengandungi sebatian toksid yang menimbulkan ransangan pada kulit.  Tugasan yang menarik untuk kita semua terokai mengenai speasis ini.
      Perjalanan Jungle Trekking hampir ke penghujungnya iaitu destinasi Tapak Perkhemahan Pantai Kerachut, tetapi sebelum sampai disana, kami telah melalui Tasik Meromiktik. Trip kali ini kena pada bulannya kerana trip sebelum ini tiada air didalamnya. Kali ini saya berpeluang mengambil gambar bagaimana Tasik Meromiktik terbentuk dengan lebih dekat lagi. Gambar asli dari lensa kamera Nokia X2 diguna sebaiknya kerana  ini sahaja paling mudah. hahah

         





















Nota : Coverage untuk telekomunikasi berkurangan jika sudah mula sampai di Tasik Meromiktik ini , nasib sangat la kalau dapat telefon keluar.
gambar oleh Ismail ilpjitra

gambar oleh Ismail ilpjitra

gambar oleh Ismail ilpjitra

gambar oleh Ismail ilpjitra

gambar oleh Ismail ilpjitra







teruskan menanti dan rajin-rajin la singgah di blog ini untuk sambungan selanjutnya









Categories: