Jelajah Berbasikal Selatan Thailand siri 1

Tarikh : 13 September - 16 September 2013
Masa bertolak - 6.30pagi
Tempat bertolak : ILP Jitra
Rider - aku . Abg Lie dan Ir Halim

Untuk kali pertama setelah sekian lama meninggalkan dunia touring ini, aku kembali semula secara perlahan-lahan dengan menggunakan basikal jenis MTB yang sering dilanyak dengan laluan berbukit serta lasak dalam penyertaan jamboree atau kayuhan hujung minggu. tiada sebarang bahagian yg ditukar untuk jelajah ini dan banyak pula yang ditambah untuk melengkapkan fungsi basikal touring. antara alatan yang ditambah ialah Rear Rack bersama Truck Bag , Quick Stand dan Handle Bag Bracket yang dibuat sendiri untuk pelbagai kegunaan.
Persedian dibuat 1 bulan sebelum bertolak ke Thailand. persedian ini meliputi pembuatan Handle Bag Bracket pelbagai kegunaan yang mengambil masa yang lama berikutan kekangan kerja.

Hari Pertama 13 sept 13
Kami bertolak kira-kira jam 6.30 pagi dengan menaiki Pick-Up kawan sekerja ke Wang Kelian atau lebih dikenali di Sempadan sebagai Wang Prachan.

mengemaskini basikal diatas pick-up supaya tidak dilambung ketika perjalanan.


bersarapan di kedai makan patani yang terletak antara Pejabat Imigresen Malaysia dan Thailand

Cuaca ketika itu agak mendung, dipaham kan serta sudah paham ketika itu di utara semenanjung memang time hujan. ini dibuktikan oleh pegawai Imigresen Thailand bahawa memang hujan. baju hujan yang dibawa diletak dibahagian yang mudah diambil jika hujan  mengejut.
heheh terbukti kira-kira 2km dari sempadan hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya, nasib baik Papan Tanda  Taman Negara yang berbumbung menyelamat keadaan. Hampir 45minit kami terkandas disini. 

setelah hujan menjadi renyai-renyai, kami menyambung perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu Pantai Pak Bara yang berjarak kira-kira 74km. suasana sepanjang jalan yang dilalui tak ubah mcm di malaysia, cumanya jalan nya agak lebar serta ruang jalan motor yang lebar juga walaupun penempatan kiri kanan jalan adalah hutan dan kampung kecil.

berehat sambil berposing sebentar di pertengahan jalan bagi mengambil nyawa

setelah lebih 5 jam berkayuh, kami sampai di Pantai Pak Bara. kelajuan mengayuh mulai perlahan kerana kepenatan disamping angin laut yang bertiup ditepian mengasak gerak kayuhan kami. Mata mula menjuling mencari tempat penginapan yang pemandangan cantik. 

Nama chalet yang sukar diucap dengan kata-kata tetapi cukup dgn sekeping gambar.

Chalet penginapan berhadapan dgn pantai

layan perasaan penat dulu

tanggalkan beg dari basikal sebelum  ronda kawasan dan cari tempat nak makan

Pada awal perancangan, kami bercadang untuk ke Taman Negara Tarutao. tapi setelah berbual dgn taukey kedai makan tempat kami makan tu. kami terpaksa membatalkan kerana pertama tiada bot harian yang pergi kesitu dan jika handak pergi perlu meyewa sebiji bot yang harga nya agak mahal. bermakna kos sara hidup kami juga akan bertambah. ini bertentangan dengan Tema touring kami ketika itu iaitu "kurangkan kos sebanyak yang boleh". 

hahah cover 1 hari tak makan nasi

layan teh tarik Pak Bara.. untuk pengetahuan kebanyakkan kedai di Pak Bara akan tutup pada jam 10mlm waktu Thailand.. maknanya kena tapau jika nak overnite di tepian pantai.


Hari ke-2 14 sept 13

Destinasi yang bakal dijelajah ini adalah destinasi pilihan ke-2 setelah pilihan pertama Tarutao gagal ditembusi dek kekangan kewangan. Destinasi nya adalah Bandar Satun yang terletak kira-kira 61km sahaja. dan cukup masa untuk pulang pada hari ke-3 pulang ke Jitra dimana jarak ke border Wang Prachan adalah 40KM seterusnya Jitra adalah 80KM

Jeti untuk ke pulau sekitar Pak Bara seperti Koh Lipe, Tarutao dll

jalan 4 laluan yang lengang dgn kenderaan

Cuaca agak panas pada hari ke-2 ini memaksa aku untuk memakai sarung muka " mcm org mesin rumput tepi highway" serta topi paling murah yang baru dibeli dgn harga 50bath di kedai cerdermata di Jeti Pak Bara.

Berhenti makan tengah hari di kedai makan sebelum simpang ke Satun. kami memilih kedai yang diluar kawasan pekan untuk menge safe budget.

Kategori minyak di Stesen Minyak Thailand

air minuman mcm air bateri ( 6 kok sahaja ) kalau di malaysia mcm 60 sen la. terima kasih Mak Cik Kedai ni kerana sudi belanja Seiikat Pisang Bunga.

kami sampai di bandar Satun kira-kira 4 ptg dan terus mencari hotel. kami bernasib baik kerana hotel yang diperolehi berhampiran dgn tapak pasar mlm dimana pada mlm tersebut adalah harinya.

bergambar dihadapan kolej teknikal Satun dimana kami pun kerja di sektor yg sama

Hari ke-3
 Hari ini merupan hari untuk pulang ke Tanah Air. sebagai kenangan Rakan se touring singgah sebentar di gerai baju.


apabila tiba di persimpangan Wang Kelian dan Had Yai , kami telah menukar perancangan untuk ke Had Yai, bermakna tambah 1 hari lagi untuk berada di Negara Gajah Putih ini. Dengan itu kami terpaksa bergerak dengan lebih laju sedikit untuk sampai ke Had yai bagi mengelak sampai pada waktu malam. Dikhabar kan ketika itu bahawa Rakan Touring dari Selangor akan bermalam di Had Yai. ini peluang keemasan untuk berjumpa dan berkenal-kenalan.. ye la kat Utara terlalu sedikit atau jarang-jarang untuk diketemui geng touring ni. semuanya layan bukit dan Road Bike


sebab terlalu laju akhirnya terlena di wakaf org kampung

di Had Yai kami berpeluang bermalam di rumah rakan cyclist dimana rumah nya itu hanya rumah untuk letak lori tut tut nya serta perniagaan bundle jersey basikal yang original dari luar negara


Mcm rumah sendiri lak.. heheh

Hari ke-4
merupakan hari terakhir dan hari untuk pulang ke tanah air. pada hari ini juga geng Wak aka abd rahim seramai 5 org akan ber touring bersama2 dgn kami ke Sadao Border atau Bkt Kayu Hitam Border.

menunggu tuan rumah datang mengambil kunci rumah


berhenti mengalas perut di seven E kerana sepanjang perjalanan dari pusat bandar Hadyai tiada tanda-tanda kedai makan org Islam kelihatan. ketaq kaki dibuatnya

Wak aka Abd Rahim team dari Selangor


akhirnya jumpa gak kedai org islam yang lebih kurang 5 km dari seven E yang kami berhenti tadi.. apa yang dipelajari hari ini.. kalau buat pesanan makanan kena buat mcm org bisu, jgn anggap mereka paham apa yang kita cuba sampaikan. Sifat org siam kalau datang 8 org, dia akan masak utk 8 org. so jika nak order tu bagi se clear2 nya.. tidak karang order 3 ja yang datang 8 .. tak ke terpaksa nak dimakan.

Ayim " geng Wak" terlalu laju sehingga lock crank longgar 


setelah diasak dengan 3-4 bukit , rombongan kami surender sebentar di bus stop kerana ada 2 bukit lagi dihadapan nun. jarak nak sampai di Sadao Border kalau dilihat batu jalan lebih kurang 2km ja lagi.








Categories: