Ramai yang tak tahu

Perkongsian kali ini mungkin ramai dah tahu, tapi hakikatnya  ramai lagi yang diluar sana  yang tak tahu tentang prosedur memasuki dan membawa kenderaan ke Thailand. Antaranya aku sendiri walaupun berkali masuk, rupanya terkena juga dgn prosedur atau bayaran yang tidak sepatutnya aku bayar. mungkin masalah komunikasi, 100% mungkin.
    Malaysia mempunyai 4 negeri yang bersempadan dengan Thailand iaitu Perlis , Kedah , Perak dan Kelantan. yang dapat aku kongsi hanya lah di 2 negeri ini sahaja iaitu Perlis dan Kedah.

Basic Kriteria memasuki dan membawa kenderaan 
Kriteria yang diperlukan :
1. Passport + Departure/Arival Card ( yang boleh dibeli dgn RM1" siap diisi" di agen insuran sepanjang jalan Changlun - Bkt Kayu Hitam atau percuma di pejabat Imigresen Thailand )
2. atau Border Pass
3. Geran atas nama sendiri yang di Photostet atau jika bukan empunya perlu buat surat(yang ni tak pasti kena format macam mana).
4. Thai Insurance - dari RM16:9 hari dan keatas mengikut jumlah hari ( boleh didapati di agen insurance sepanjang jalan Changlun - Bkt Kayu Hitam . elakkan dari membeli di Border"takut kena kapak")

Pintu Masuk melalui  Bukit Kayu Hitam Kedah

Kompleks Imigresen Malaysia
Apabila semua diatas sudah disediakan, boleh lah memulakan perjalanan memasuki Kompleks Imigresen Malaysia mengikut laluan kenderaan yang telah ditetapkan. hanya perlu menyerahkan Passport atau Border Pass semua org yang dalam kereta tu. itu sahaja Dokumentasi yang perlu dibuat dan lalui di Imigresen Malaysia. "sila rujuk pada yang berkenaan jika terdapat sebarang perubahan".



Kompleks Imigresen Thailand

apabila sudah memakirkan kenderaan anda di tempat yang telah disediakan. boleh la memulakan dengan


nota: 1. pada pemegang Pasport Antarabangsa, mereka perlu beratur sendiri untuk process "scanning"
2. pada pemegang Border pass beratur juga dan boleh menolong atau bawakan border kengkawan lain so tak yah ler beratur reramai. cuma overtime fee RM1 setiap border jgn lupa.
"sila rujuk pada yang berkenaan jika terdapat sebarang perubahan"

JIKA tidak membawa kenderaan boleh lah terus memasuki Thailand.
dan Jika ingin membawa bersama kenderaan perlu lah membuat langkah ke-2 pula


Langkah 2A ( tiada overtime fee dikenakan setakat 23.11.2013)
1. mengemukakan Passport atau Border pass pemilik kenderaan bersama-sama Geran Kenderaan( copy atau Original) dan surat kebenaran jika bukan pemilik kenderaan kepada Pegawai Kastam
2. Pegawai Kastam Thailand akan mengesah serta memberi Declare Form.

Langkah 2B
1. Mengemukan Thai Insurance bersama-sama Declare Form kepada Pegawai Imigresen untuk ditandatangani di sebelah Pos Custom ( sila rujuk gambar diatas).

Selesai sudah Prosedur yang perlu dibuat, boleh lah membawa dengan senang hati.
"sila rujuk pada yang berkenaan jika terdapat sebarang perubahan".

Apabila memasuki Malaysia semula. Ulang langkah 1 di laluan  Departure ( laluan sebelah kiri dari Thailand) serta memulangkan Declare Form di Custom pos di laluan Departure juga."sila rujuk pada yang berkenaan jika terdapat sebarang perubahan".


Pintu Masuk melalui  Wang Kelian Perlis

Kompleks Imigresen Malaysia
Apabila basic kriteria yg sudah dinyatakan disediakan, boleh lah memulakan perjalanan memasuki Kompleks Imigresen Malaysia mengikut laluan kenderaan yang telah ditetapkan. hanya perlu menyerahkan Passport atau Border Pass semua org yang dalam kereta tu. itu sahaja Dokumentasi yang perlu dibuat dan dilalui di Imigresen Malaysia. "sila rujuk pada yang berkenaan jika terdapat sebarang perubahan".



Kompleks Imigresen Thailand

nota: 1. pada pemegang Pasport Antarabangsa, mereka perlu beratur sendiri untuk process "scanning"
2. pada pemegang Border pass beratur juga dan boleh menolong atau bawakan border kengkawan lain so tak yah ler beratur reramai. cuma overtime fee RM1 setiap border jgn lupa.
"sila rujuk pada yang berkenaan jika terdapat sebarang perubahan"

JIKA tidak membawa kenderaan boleh lah terus memasuki Thailand.
dan Jika ingin membawa bersama kenderaan perlu lah membuat langkah ke-2 pula

Selesai sudah Prosedur yang perlu dibuat, boleh lah membawa dengan senang hati.
"sila rujuk pada yang berkenaan jika terdapat sebarang perubahan".

Untuk Pengetahuan: setakat 23.11.2013. kita boleh memasuki dan keluar dari sempadan di berlainan pintu masuk Kedah dan Perlis. Perak dan Kelantan saya tidak pasti. untuk keterangan lanjut boleh lah menghubungi pihak Imigresen untuk mendapat kepastian yang tepat.




Categories: