Susulan kehilangan Pesawat MH370: Bagaimana jangkahayat dan keupayaan sesuatu pesawat dikira



Ramai yang pasti menyangka bahawa kemampuan terbang sesebuah pesawat adalah berdasarkan kepada jumlah tahun ia digunakan.
Namun, itu bukan penanda aras yang betul.
Kemampuan terbang sesebuah pesawat ditentu berdasarkan kitaran tekanan (pressurization cycles) yang dilalui sesuatu pesawat.
Setiap kali sesebuah kapal ‘ditekan’ ketika penerbangan, bahagian badan utama dan sayapnya akan merasai tekanan yang amat tinggi.
Bahagian badan utama dan sayap dibuat menggunakan plat besi yang besar yang diketatkan menggunakan ‘fasteners dan rivets’.
Selepas beberapa lama, akan wujud retakan di sekeling fasteners dan rivets berkenaan akibat kelelahan logam (metal fatigue) yang berpunca daripada kitaran tekanan yang berulang.
Umumnya, jangka hayat sesuatu pesawat ditetapkan oleh syarikat pengeluar pesawat itu sendiri yang akan menyediakan jadual penyelengaraan yang harus diikuti.
Syarikat penerbangan yang patuh sepenuhnya dengan jadual berkenaan akan mengurangkan risiko kemungkinan berlaku kecelakaan di udara. Namun, sekadar patuh pada jadual penyelengaraan sahaja bukan jaminan mutlak.
Kitaran tekanan akan dirasai ketika sesuatu kapal terbang berlepas atau mahu mendarat.
Kapal terbang yang digunakan untuk laluan jauh kurang mengalami kelelehan logam berbanding yang kerap berlepas dan mendarat bagi laluan singkat.
Disebabkan itu, ada kapal yang sudah berusia 20 tahun masih digunakan kerana ia kerap digunakan untuk laluan jauh menyebabkan kurangnya berlaku kelelahan logam. –                                          
  MYNEWSHUB

Categories: