Trek Balak" MTB" Under Construction

Assalamualaikum dan salam sejahtera. trek ini ialah bekas laluan lori balak mengangkat hasil alam keluar dari hutan, hanya masyarakat orang asli serta orang tempatan saja yang masuk selepas itu untuk mencari hasil hutan. Laluan ini bersebelahan dengan IKBN Pekan dan jalan masuk nya bertentangan dengan jalan masuk ke kg Arong . Keadaan muka bumi memang mencabar berbukit bukau dan tidak terlepas dengan rekahan tanah akibat hujan yang mengundang bahaya jika leka.
seperti sedia maklum, Masyarakat orang asli merupakan penduduk asal kawasan hutan, maka tak hairan, sepanjang mencari trek MTB ini, saya menemui begitu banyak denai atau "lorong tikus". Langkah terbaik ialah menandai lorong yang dimasuki, ia mengurangkan peratusan didalam hutan tebal ini.

Bagi yang beragama Islam, Amalkan zikir ini sebelum memasuki hutan

AL HAFIIZHU  Ertinya Yang Maha Memelihara.

KHASIATNYA: Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.
Trek Balak 1 : Jalan Masuk ke jalan Balak Lama
Kategori : Cross Country
Jarak : 8 km
Masa : 45minit

Rider : IKBN Pekan Cycling Club - Aku


Categories: